pengikut saia

Sunday, June 16, 2013

Nyawa Baru

Assalamualaikum sahabat, orang tak kenal mahupun musuh- musuh yang berada di luar sana. Sudah lama gua tinggalkan dunia blog. Ya sudah hampir 2 tahun lebih. Aku pun sebenarnya sudah lupa apa password blog ini. Tetapi entah bagaimana aku mencuba sehingga aku dapat kembali password itu. Oh gua bukan hacker. Gua masih buta dalam bidang IT mahupun seni budaya. Gua pun tak tahu apa mimpi gua nak berblogging kembali. Gua bukan bloger yang aktive mahupun pasif. Tetapi hanya mengisi ruangan masa yang ada. Ceh ayat dari awal lagi memang tak boleh belah langsung. Lepas ni tah gua rajin ka tak nak update sebab gua dah nak masuk kembali ke penjara terbesar di Perlis iaitu PTSS #sapa pulak dah pasang lagu kuat bebenor time ni. Pukul 1 pagi lebih dah kot -.- Ok, baju, barang2, borang and termasuk lagi 1 yuran gua tak settlekan lagi. Oh gua memang suka sangat buat kerja last minute. Hmm hmmm actually tak sabaq sebenarnya nak balik Poli. Tak sabaq nak start belajaq, jumpa kawan- kawan, lepak, melalak. Banyak aktiviti kami yang kadang- kadang tak masuk akal mahupun lutut. Ok dah sikit- sikit. Esok hari kalau masih bernyawa, kita berblogging lagi. Selamat malam dunia, Assalamualaikum kaum Adam dan Hawa :')